Mazmur 96 Alkitab Berita Baik (BM)

Allah, Raja yang Agung

1. Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

2. Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

3. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

4. TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

5. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.

6. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.

7. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!

8. Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

9. Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul;gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

10. Katakanlah kepada semua bangsa, “TUHAN itu raja!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang;Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil.”

11. Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Berderulah, hai laut dan segala isimu!

12. Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu!Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

13. apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.Dia akan memerintah penduduk duniadengan jujur dan adil.