Mazmur 12 Alkitab Berita Baik (BM)

Doa Minta Tolong

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.

2. Tolonglah kami, ya TUHAN,kerana tidak ada lagi orang yang baik;orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.

3. Semua manusia saling membohongi,dan saling menipu dengan kata-kata manis.

4. Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN,dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,

5. “Kami berkuasa dengan mulut kami.Kami akan bercakap sesuka hati;tidak sesiapa dapat menghalang kami.”

6. TUHAN berfirman, “Orang miskin ditindas,dan orang yang dianiaya mengerang.Maka sekarang juga Aku datangmemberikan ketenteraman yang diingini mereka.”

7. Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai;seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.

8-9. Orang jahat terdapat di merata-rata tempat,dan setiap orang menyanjung kejahatan.Selamatkanlah kami, ya TUHAN,peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.