Mazmur 142 Alkitab Berita Baik (BM)

Doa Minta Tolong

1. Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.

2. Aku berseru kepada TUHAN,aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.

3. Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya;aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.

4. Apabila aku putus asa,Dia tahu apa yang harus aku lakukan.Di jalan yang harus aku tempuh,musuhku telah memasang perangkap untukku.

5. Aku melihat ke sampingku,tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku;tiada seorang pun yang melindungi aku.Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.

6. Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu,Engkaulah pelindungku,Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.

7. Dengarlah seruanku minta tolong,kerana aku tidak berdaya.Selamatkanlah aku daripada musuhku;mereka terlalu kuat bagiku.

8. Lepaskanlah aku daripada kesusahan,maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu,kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku.