1. Lagu ziarah oleh Raja Salomo.Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;jika bukan TUHAN yang melindungi kota,sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
2. Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam,bekerja keras mencari nafkah,kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya,sementara mereka sedang tidur.
3. Anak-anak adalah anugerah TUHAN;mereka adalah berkat-Nya.
4. Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5. Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.Dia tidak sekali-kali akan dikalahkanketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.