Mazmur 13 Alkitab Berita Baik (BM)

Doa Minta Tolong

1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

2. Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN?Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

3. Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahandan berdukacita siang malam?Berapa lamakah musuhkuakan menguasai aku?

4. Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku.Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

5. Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku.Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.

6. Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi;aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.Aku akan menyanyi untuk TUHAN,kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.