Mazmur 43 Alkitab Berita Baik (BM)

Doa Semasa di Tempat Pembuangan

1. Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah,dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana;jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.

2. Engkaulah pelindungku;mengapakah Engkau meninggalkan aku?Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung deritaakibat kekejaman musuhku?

3. Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benaruntuk menyinari dan membimbing aku,agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci,dan ke tempat kediaman-Mu.

4. Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah,kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku;aku akan menyanyi serta memainkan kecapi,untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!

5. Mengapakah aku sedih?Mengapakah aku gelisah?Aku akan berharap kepada Allah,dan sekali lagi aku akan memuji Dia,Allahku dan penyelamatku.