Mazmur 34 Alkitab Berita Baik (BM)

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

1. Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.

2. Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;aku tidak akan berhenti memuji Dia.

3. Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.

4. Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,marilah bersama-sama memuji nama-Nya.

5. Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.

6. Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;mereka tidak sekali-kali akan kecewa.

7. Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.

8. Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.

9. Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

10. Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.

11. Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.

12. Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.

13. Mahukah kamu menikmati hidup?Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?

14. Jangan keluarkan kata-kata jahat,dan jangan suka berdusta.

15. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik;usahakanlah kedamaian dengan tekun.

16. TUHAN memperhatikan orang salih,dan mendengar tangisan mereka;

17. tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat;apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.

18. Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengardan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.

19. TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati;Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.

20. Orang baik mengalami banyak kesusahan,tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;

21. TUHAN memelihara mereka dengan sempurna,tulang mereka tidak satu pun patah.

22. Orang jahat akan mati kerana kejahatan mereka;mereka yang membenci orang salih akan dihukum.

23. TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya,mereka yang berlindung kepada-Nya akan diselamatkan.