Mazmur 101 Alkitab Berita Baik (BM)

Janji Seorang Raja kepada Allah

1. Mazmur Daud.Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan,aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.

2. Aku akan menjaga kelakuanku supaya tidak bercela.Bilakah Engkau akan datang kepadaku?Aku akan hidup suci di rumahku;

3. aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku.Aku benci akan tindakan orang yang murtad;aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.

4. Aku tidak akan berlaku curang;aku tidak akan terlibat dalam kejahatan.

5. Orang yang memfitnah dengan diam-diamakan aku binasakan;orang yang sombong dan angkuhtidak akan kubiarkan begitu.

6. Aku berkenan akan orang yang setia kepada Allah;mereka akan kubenarkan tinggal di dalam istanaku;orang yang benar-benar jujurakan aku benarkan melayani aku.

7. Pendusta tidak akan tinggal di dalam istanaku;orang munafik tidak akan berada di hadapanku.

8. Tiap-tiap hari aku akan membinasakanorang jahat di negeri kita;aku akan mengusir semua orang jahatdari kota TUHAN.