Mazmur 63 Alkitab Berita Baik (BM)

Rindu akan Allah

1. Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda.

2. Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau.Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.

3. Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu,serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu.

4. Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup,oleh itu aku memuji Engkau.

5. Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku;aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa.

6. Jiwaku dijamu dan dipuaskan,dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu.

7. Waktu aku berbaring di katil,aku ingat akan Engkau;sepanjang malam aku merenungkan Engkau,

8. kerana Engkau sentiasa menolong aku;aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu.

9. Aku berpaut kepada-Mu,tangan-Mu yang kuat menopang aku.

10. Orang yang cuba membunuh akuakan turun ke dunia orang mati;

11. mereka akan dibunuh dalam pertempuran,dan mayat mereka dimakan serigala.

12. Raja akan bersukacita kerana Allah memberi raja kemenangan;semua orang yang berjanji demi Allah akan bergembira,tetapi suara pendusta akan disenyapkan.