Mazmur 56 Alkitab Berita Baik (BM)

Kepercayaan kepada Allah pada Waktu Kesusahan

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat.

2. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang;musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa.

3. Sepanjang hari lawanku menyerang aku;banyak orang yang melawan aku.

4. Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,aku berharap kepada-Mu.

5. Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut;aku memuji Dia kerana janji-Nya.Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?

6. Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku;mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.

7. Mereka berkumpul di tempat persembunyian,dan mengawasi segala gerak-geriku,sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.

8. Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!

9. Engkau tahu betapa cemasnya hatiku;Engkau tahu betapa banyaknya air mataku.Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?

10. Pada hari aku berseru kepada-Mu,mundurlah musuh-musuhku.Aku tahu bahawa Allah memihak aku.

11. Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.

12. Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

13. Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu,aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.

14. Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,dan menjauhkan aku daripada kekalahan.Oleh itu, aku dapat hidup dalam perlindungan Allah,dalam cahaya yang menerangi semua yang hidup.