Mazmur 79 Alkitab Berita Baik (BM)

Doa bagi Pembebasan Bangsa

1. Mazmur Asaf.Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkautelah menyerang tanah-Mu.Mereka telah menajiskanRumah-Mu yang sucidan meruntuhkan Yerusalem.

2. Mayat umat-Mu ditinggalkan mereka untuk dimakan burung pemakan bangkai.Mayat hamba-hamba-Mu dibiarkan mereka untuk dimakan binatang liar.

3. Mereka menumpahkan darah umat-Mu seperti air;darah mengalir di seluruh Yerusalem,dan tiada orang yang tinggal untuk menguburkan orang mati.

4. Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami;mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami.

5. Ya TUHAN, berapa lamakah Engkau akan murka terhadap kami?Adakah kemurkaan-Mu akan terus membakar seperti api?

6. Murkailah bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau;orang yang tidak berdoa kepada-Mu,

7. kerana mereka telah membunuh umat-Mudan merosakkan negeri-Mu.

8. Jangan hukum kami kerana dosa nenek moyang kami,tetapi kasihanilah kami sekarangkerana kami putus asa.

9. Tolonglah kami, ya Allah, penyelamat kami;demi kehormatan-Mu sendiri,selamatkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami.

10. Jangan biarkan bangsa-bangsa lain bertanya,“Di manakah Allah kamu?”Hukumlah bangsa-bangsa itu di hadapan kamikerana menumpahkan darah hamba-hamba-Mu.

11. Dengarlah rintihan orang tawanan,dan dengan kuasa-Mu yang besar, bebaskanlah mereka yang dihukum mati.

12. Ya Tuhan, balaslah bangsa-bangsa itu tujuh kali ganda,bagi segala hinaan yang telah dilemparkan kepada-Mu.

13. Lalu kami, umat-Mu,domba-domba-Mu,akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya,dan memuji-Mu sampai turun-temurun.