Mazmur 23 Alkitab Berita Baik (BM)

TUHAN Gembalaku

1. Mazmur Daud.TUHAN ialah gembalaku;aku tidak kekurangan apa-apa.

2. Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijaudan membimbing aku ke air yang tenang.

3. Dia memberi aku kekuatan baru.Dia membimbing aku di jalan yang benar,sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

4. Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,aku tidak akan takut,ya TUHAN,kerana Engkau menyertai aku.Engkau melindungi akudengan tongkat dan gada-Mu.

5. Engkau menyediakan jamuan untukku,di hadapan semua musuhku;Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormatidan mengisi cawanku hingga penuh.

6. Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.