Mazmur 119 Alkitab Berita Baik (BM)

Taurat TUHAN

1. Berbahagialah orang yang hidup tanpa cela,dan hidup menurut Taurat TUHAN.

2. Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya,dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.

3. Mereka tidak melakukan kejahatan,tetapi hidup menurut kehendak TUHAN.

4. Engkau memberi kami hukum-Mu, ya TUHAN,dan menyuruh kami mematuhinya dengan setia.

5. Semoga aku setiamematuhi peraturan-Mu.

6. Jika aku menumpukan perhatian kepada semua perintah-Mu,aku tidak akan dipermalukan.

7. Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,aku akan memuji Engkau dengan hati yang murni.

8. Aku akan taat kepada hukum-Mu;janganlah sekali-kali tinggalkan aku!

Mentaati Taurat TUHAN

9. Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.

10. Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau;jangan biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.

11. Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.

12. Aku memuji Engkau, ya TUHAN;ajarlah aku kehendak-Mu.

13. Aku akan menceritakansegala hukum yang telah Engkau berikan.

14. Aku gemar menurut perintah-Mu,lebih daripada memiliki segala kekayaan.

15. Aku akan mengkaji peraturan-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ajaran-Mu.

16. Aku gemar akan hukum-Mu;aku tidak akan melupakan perintah-Mu.

Taurat TUHAN Membahagiakan Orang

17. Semoga Engkau murah hati kepadaku, hamba-Mu,supaya aku dapat hidup dan mentaati ajaran-Mu.

18. Bukalah mataku supaya aku dapat melihatajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.

19. Aku tinggal di bumi ini hanya untuk seketika;janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.

20. Hatiku sangat rinduuntuk mengetahui ketetapan-Mu setiap waktu.

21. Engkau menegur orang yang sombong;terkutuklah orang yang melanggar perintah-Mu.

22. Jangan biarkan aku dicaci dan dihina mereka,kerana aku telah melakukan hukum-Mu.

23. Walaupun para pemerintah berkomplot melawan aku,tetapi aku akan tetap mengkaji ajaran-Mu.

24. Peraturan-Mu menyenangkan hatiku;peraturan-Mu menasihati aku.

Hasrat untuk Mentaati Taurat TUHAN

25. Aku terbaring di atas debu kerana kalah;pulihkanlah aku menurut janji-Mu.

26. Aku mengaku segala perbuatanku dan Engkau menjawab aku;ajarlah aku kehendak-Mu.

27. Tolonglah aku memahami hukum-Mu,dan aku akan merenungkan ajaran-Mu yang mengagumkan.

28. Jiwaku hancur kerana kesedihan;kuatkanlah aku menurut janji-Mu.

29. Jauhkanlah aku dari jalan yang salah,dan demi kebaikan-Mu, ajarlah aku Taurat-Mu.

30. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.

31. Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.

32. Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.

Doa Minta Pengertian

33. Ya TUHAN, ajarlah aku makna hukum-Mu,dan aku akan mentaatinya selalu.

34. Jelaskanlah Taurat-Mu kepadaku supaya aku mematuhinya,dan dengan sepenuh hati melakukannya.

35. Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu,kerana perintah-Mu menggembirakan aku.

36. Berilah aku keinginan untuk mentaati hukum-Mu,dan bukan untuk mendapat kekayaan.

37. Jangan biarkan aku menumpukan perhatian kepada perkara sia-sia;berilah aku hidup menurut kehendak-Mu.

38. Tepatilah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu,janji yang Engkau berikan kepada mereka yang mentaati-Mu.

39. Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;betapa baiknya ketetapan-Mu.

40. Aku mahu mentaati perintah-Mu;berilah aku hidup baru kerana Engkau adil.

Mempercayai Taurat TUHAN

41. Ya TUHAN, tunjukkanlah kasih-Mu kepadaku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

42. Barulah aku dapat menjawab orang yang mengejek aku,kerana aku mempercayai firman-Mu.

43. Tolonglah aku untuk sentiasa bercakap benar,kerana aku yakin akan ketetapan-Mu.

44. Aku akan sentiasa mentaati Taurat-Mu,untuk selama-lamanya.

45. Maka aku akan hidup dengan bebas,kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.

46. Aku akan mengumumkan perintah-Mu kepada raja-raja,dan aku tidak akan dipermalukan.

47. Aku gemar mentaati perintah-Mu,kerana aku mencintai perintah-Mu.

48. Aku menghormati dan mencintai perintah-Mu;aku akan merenungkan peraturan-Mu.

Yakin akan Taurat TUHAN

49. Ingatlah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu;janji yang telah memberikan harapan kepadaku.

50. Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur,kerana janji-Mu memberi aku hidup.

51. Orang sombong selalu menghina aku,tetapi aku tidak menyimpang daripada Taurat-Mu.

52. Aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulu,dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku, ya TUHAN.

53. Aku sangat marah kepada orang jahatapabila mereka melanggar Taurat-Mu.

54. Selama hidupku yang singkat di bumi ini,aku menggubah lagu tentang perintah-Mu.

55. Pada waktu malam aku ingat akan Engkau, ya TUHAN,dan aku memikirkan Taurat-Mu.

56. Aku mendapat kebahagiaandengan mentaati perintah-Mu.

Kepatuhan kepada Taurat TUHAN

57. Hanya Engkau yang aku inginkan, ya TUHAN;aku berjanji untuk mematuhi hukum-Mu.

58. Dengan sepenuh hati aku meminta kepada-Mu;kasihanilah aku menurut janji-Mu.

59. Aku telah memikirkan kelakuanku,dan berjanji akan menurut peraturan-Mu.

60. Aku bergegas-gegas dan tidak membuang masauntuk melakukan perintah-Mu.

61. Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melupakan Taurat-Mu.

62. Pada tengah malam aku bangun untuk memuji Engkau,kerana ketetapan-Mu adil.

63. Aku bersahabat dengan semua orang yang taat kepada-Mu,semua orang yang mematuhi hukum-Mu.

64. Ya TUHAN, bumi penuh dengan kasih-Mu yang kekal;ajarlah aku perintah-Mu.

Nilai Taurat TUHAN

65. Engkau telah menepati janji-Mu, ya TUHAN,dan Engkau baik hati kepadaku, hamba-Mu.

66. Berilah aku kebijaksanaan dan pengetahuan,kerana aku percaya kepada perintah-Mu.

67. Sebelum Engkau menghukum aku, aku sering melanggar perintah-Mu,tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.

68. Engkau sungguh baik dan perbuatan-Mu baik;ajarlah aku perintah-Mu.

69. Orang sombong memfitnah aku,tetapi dengan sepenuh hati aku mematuhi peraturan-Mu.

70. Mereka tidak mempunyai pengertian,tetapi Taurat-Mu menyenangkan hatiku.

71. Memang baik Engkau menghukum aku,supaya aku memahami perintah-Mu.

72. Bagiku, Taurat-Mu lebih berhargadaripada segala kekayaan di dunia.

Keadilan Taurat TUHAN

73. Engkau mencipta dan membentuk aku;berilah aku pengertian untuk memahami hukum-Mu.

74. Orang yang menghormati Engkau akan bergembira apabila melihat aku,kerana aku percaya kepada janji-Mu.

75. Aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil, ya TUHAN,dan Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.

76. Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku,menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu.

77. Kasihanilah aku, lalu aku akan hidup,kerana aku gemar akan Taurat-Mu.

78. Biarlah orang sombong dipermalukan kerana menuduh aku,tetapi aku akan merenungkan peraturan-Mu.

79. Semoga orang yang menghormati Engkau datang kepadaku,semua orang yang mengenal perintah-Mu.

80. Semoga aku mentaati segala perintah-Mu,supaya aku tidak dipermalukan.

Doa Minta Pembebasan

81. Ya TUHAN, aku lelah menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku;aku percaya akan janji-Mu.

82. Mataku penat menanti-nantikan apa yang Engkau janjikan,sementara aku bertanya, “Bilakah Engkau akan menolong aku?”

83. Aku seperti kirbat wain yang sudah dibuang,namun aku tidak melupakan perintah-Mu.

84. Sampai bilakah aku mesti menunggu?Bilakah Engkau menghukum mereka yang menganiaya aku?

85. Orang sombong yang tidak mematuhi Taurat-Musudah menggali lubang untuk memerangkap aku.

86. Semua perintah-Mu dapat dipercayai;tolonglah aku kerana orang menganiaya aku dengan dusta!

87. Mereka hampir berjaya membunuh aku,tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu.

88. Semoga Engkau baik hati kepadaku kerana kasih-Mu yang kekal,supaya aku dapat mentaati hukum-Mu.

Kepercayaan kepada Taurat TUHAN

89. Ya TUHAN, firman-Mu kekal selama-lamanya;firman-Mu kekal abadi di syurga.

90. Engkau tetap setia selama-lamanya,Engkau telah menempatkan bumi, dan bumi tetap ada.

91. Demi perintah-Mu segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,kerana semuanya hamba-Mu.

92. Sekiranya Taurat-Mu bukan sumber kegembiraanku,pasti aku sudah mati kerana kesengsaraanku.

93. Aku tidak sekali-kali akan melalaikan peraturan-Mu,kerana dengan peraturan itu Engkau memelihara nyawaku.

94. Selamatkanlah aku kerana aku kepunyaan-Mu;aku telah berusaha untuk mentaati perintah-Mu.

95. Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membunuh aku,tetapi aku akan merenungkan hukum-Mu.

96. Aku sedar bahawa segala-galanya mempunyai batas;hanya perintah-Mu yang sempurna.

Cinta kepada Taurat TUHAN

97. Aku sangat mencintai Taurat-Mu!Aku merenungkannya sepanjang hari.

98. Perintah-Mu selalu bersama-sama aku,dan menjadikan aku lebih bijak daripada semua musuhku.

99. Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,kerana aku merenungkan peraturan-Mu.

100. Aku lebih bijak daripada orang tua,kerana aku mentaati perintah-Mu.

101. Aku mengelakkan segala kelakuan jahat,kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.

102. Aku tidak melalaikan peraturan-Mu,kerana Engkaulah yang mengajar aku.

103. Betapa manisnya peraturan-Mu;lebih manis daripada madu!

104. Aku mendapat kebijaksanaan daripada hukum-Mu,oleh itu aku membenci segala kelakuan buruk.

Taurat TUHAN Memberikan Cahaya

105. Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,dan cahaya yang menerangi jalanku.

106. Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.

107. Penderitaanku sungguh berat, ya TUHAN;selamatkanlah nyawaku menurut janji-Mu.

108. Terimalah doa kesyukuranku, ya TUHAN,dan ajarlah aku perintah-Mu.

109. Aku selalu sedia mempertaruhkan nyawaku;aku tidak melupakan Taurat-Mu.

110. Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melanggar perintah-Mu.

111. Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya;perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.

112. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati hukum-Musehingga akhir hidupku.

Taurat TUHAN Memberikan Keselamatan

113. Aku membenci orang yang tidak setia kepada-Mu dengan sepenuh hati,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.

114. Engkaulah pembelaku dan pelindungku;aku berharap kepada janji-Mu.

115. Hai orang jahat, pergilah daripadaku.Aku akan mematuhi perintah Allahku.

116. Kuatkanlah aku menurut janji-Mu, agar aku hidup;jangan biarkan aku dikecewakan dalam harapanku!

117. Bantulah aku, lalu aku akan selamat,dan aku akan sentiasa memperhatikan perintah-Mu.

118. Engkau menolak semua orang yang tidak mematuhi hukum-Mu;muslihat mereka sia-sia belaka.

119. Engkau menganggap semua orang jahat seperti sampah;oleh itu aku mencintai peraturan-Mu.

120. Aku gementar kerana takut kepada-Mu,dan aku gentar kerana ketetapan-Mu.

Taat kepada Taurat TUHAN

121. Aku telah melakukan perkara yang adil dan benar;jangan serahkan aku kepada musuh-musuhku!

122. Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu;jangan biarkan orang sombong menindas aku!

123. Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku,dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.

124. Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu,dan ajarlah aku perintah-Mu.

125. Aku ini hamba-Mu, berilah aku pengertian,supaya aku memahami ajaran-Mu.

126. Inilah masanya Engkau bertindak, ya TUHAN,kerana orang melanggar Taurat-Mu.

127. Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas,lebih daripada emas murni.

128. Oleh itu aku mengikut segala peraturan-Mu;aku benci akan segala perbuatan yang salah.

Hasrat untuk Mentaati Taurat TUHAN

129. Ajaran-Mu sungguh mengagumkan;aku mentaatinya dengan sepenuh hati.

130. Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya,memberikan pengertian kepada orang jahil.

131. Aku haus akan perintah-Mu,aku sangat menginginkannya.

132. Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah akuseperti Engkau sentiasa mengasihani orang yang mengasihi-Mu.

133. Menurut janji-Mu, jangan biarkan aku jatuh;jangan biarkan kejahatan menguasai aku.

134. Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,supaya aku dapat mentaati perintah-Mu.

135. Berkatilah aku dengan hadirat-Mu,dan ajarlah aku hukum-Mu.

136. Air mataku mengalir seperti sungai,kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.

Keadilan Taurat TUHAN

137. Engkau adil, ya TUHAN,dan hukum-Mu adil.

138. Peraturan yang Engkau berikansemuanya adil dan benar.

139. Kemarahan membara dalam dirikukerana musuhku melanggar perintah-Mu.

140. Janji-Mu dapat dipercayai,aku sangat mencintainya.

141. Aku ini tidak penting dan aku terhina,tetapi aku tidak melalaikan ajaran-Mu.

142. Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,dan Taurat-Mu tetap benar.

143. Kesusahan dan kekhuatiran menimpa aku,tetapi perintah-Mu menggembirakan hatiku.

144. Peraturan-Mu selalu adil;berilah aku pengertian supaya aku hidup.

Doa Minta Pembebasan

145. Dengan sepenuh hati, aku berseru kepada-Mu;kabulkanlah doaku, ya TUHAN;aku akan taat kepada perintah-Mu.

146. Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku;aku mahu mematuhi hukum-Mu.

147. Sebelum fajar aku berseru kepada-Mu minta tolong,aku berharap kepada janji-Mu.

148. Sepanjang malam aku tidak tidur,kerana merenungkan peraturan-Mu.

149. Demi kasih-Mu yang kekal,ya TUHAN, dengarlah aku;kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku.

150. Penganiayaku yang kejam sudah dekat;mereka tidak pernah mematuhi Taurat-Mu.

151. Tetapi Engkau dekat kepadaku, ya TUHAN,dan segala perintah-Mu itu benar.

152. Sejak dahulu aku tahu akan peraturan-Mu,yang Engkau kekalkan selama-lamanya.

Doa Minta Tolong

153. Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,kerana aku tidak mengabaikan Taurat-Mu.

154. Belalah perkaraku dan bebaskanlah aku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

155. Orang jahat tidak akan diselamatkan,kerana mereka tidak mematuhi hukum-Mu.

156. Sungguh besar belas kasihan-Mu, ya TUHAN;kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku.

157. Banyak orang memusuhi dan menindas aku,tetapi aku tidak pernah mengabaikan hukum-Mu.

158. Aku benci melihat pengkhianat-pengkhianat itu,kerana mereka tidak mematuhi perintah-Mu.

159. Lihatlah, aku sangat mencintai peraturan-Mu, ya TUHAN.Selamatkanlah aku,kerana kasih-Mu.

160. Segala firman-Mu benar,dan semua ketetapan-Mu yang adil itu abadi.

Kesetiaan terhadap Taurat TUHAN

161. Orang berkuasa menyerang aku tanpa alasan,tetapi hanya Taurat-Mu yang aku takuti.

162. Janji-Mu membahagiakan aku,seperti orang yang menemukan harta.

163. Aku sangat membenci segala dusta,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.

164. Aku terus-menerus bersyukur kepada-Mubagi ketetapan-Mu yang adil.

165. Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan;mereka tidak akan ditimpa malapetaka.

166. Aku menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku, ya TUHAN,dan aku melakukan segala perintah-Mu.

167. Aku mentaati ajaran-Mu,dan mencintainya dengan segenap hati.

168. Aku mematuhi perintah dan peraturan-Mu,kerana Engkau melihat segala perbuatanku.

Doa Minta Tolong

169. Semoga seruanku minta tolong sampai kepada-Mu, ya TUHAN!Berilah aku pengertian seperti yang telah Engkau janjikan.

170. Dengarkanlah doaku,dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

171. Aku akan memuji Engkau selalu,kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu.

172. Aku akan menyanyi tentang Taurat-Mu,kerana perintah-Mu adil.

173. Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku,kerana aku mahu mengikut perintah-Mu.

174. Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu,Taurat-Mu menggembirakan hatiku.

175. Semoga aku hidup supaya aku dapat memuji Engkau;semoga peraturan-Mu menolong aku.

176. Aku merayau seperti domba yang sesat;oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu,kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.