1. Lalu semua bangsa itu mengirim utusan-utusan kepada Holofernes dengan pesan perdamaian ini,
2. “Hamba sekalian tetap setia kepada tuanku, Raja Agung Nebukadnezar. Hamba semua siap untuk mengabdi kepada tuanku, dan melaksanakan apa pun perintah tuanku.
3. Rumah-rumah, seluruh tanah, ladang-ladang gandum, semua ternakan besar dan kecil, dan segala perkhemahan hamba sekalian, tersedia untuk digunakan sesuka hati tuanku.
4. Semua penduduk kota-kota hamba sekalian, menjadi hamba tuanku. Sudilah tuanku datang dan bertindak sebagaimana tuanku anggap baik.”
5. Para utusan menyampaikan pesan itu kepada Holofernes,
6. lalu Holofernes membawa tenteranya turun ke pantai Laut Tengah. Di setiap kota berkubu ditempatkannya pasukan pengawal. Juga dipilihnya beberapa orang penduduk kota untuk menganggotai tentera bantuan.
7. Holofernes disambut dengan karangan bunga, tari-tarian, dan bunyi gendang oleh penduduk kota-kota itu dan daerah sekitarnya.
8. Tetapi Holofernes menghancurkan semua tempat pemujaan dewa dan menebang pohon-pohon keramat mereka. Dia sudah diperintahkan untuk membinasakan semua dewa di seluruh bumi, supaya semua suku dan bangsa menyembah Raja Nebukadnezar sahaja dan memuja baginda sebagai dewa.
9. Kemudian Holofernes melewati Lembah Esdrelon dekat dengan Dotaim yang terletak di hadapan pergunungan besar Yudea,
10. lalu berkhemah di antara Gaibai dan Skitopolis. Dia tinggal selama sebulan di situ untuk mengumpulkan bekalan bagi tenteranya.