6. Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;mereka tidak sekali-kali akan kecewa.
7. Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.
8. Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.
9. Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!
10. Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
11. Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.
12. Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.
13. Mahukah kamu menikmati hidup?Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?
14. Jangan keluarkan kata-kata jahat,dan jangan suka berdusta.
15. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik;usahakanlah kedamaian dengan tekun.
16. TUHAN memperhatikan orang salih,dan mendengar tangisan mereka;
17. tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat;apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.