1. Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.
2. Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;aku tidak akan berhenti memuji Dia.
3. Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.
4. Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,marilah bersama-sama memuji nama-Nya.
5. Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.
6. Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;mereka tidak sekali-kali akan kecewa.
7. Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.