1. Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.
2. Aku berseru kepada TUHAN,aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.
3. Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya;aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.
4. Apabila aku putus asa,Dia tahu apa yang harus aku lakukan.Di jalan yang harus aku tempuh,musuhku telah memasang perangkap untukku.
5. Aku melihat ke sampingku,tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku;tiada seorang pun yang melindungi aku.Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.
6. Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu,Engkaulah pelindungku,Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.