90. Engkau tetap setia selama-lamanya,Engkau telah menempatkan bumi, dan bumi tetap ada.
91. Demi perintah-Mu segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,kerana semuanya hamba-Mu.
92. Sekiranya Taurat-Mu bukan sumber kegembiraanku,pasti aku sudah mati kerana kesengsaraanku.
93. Aku tidak sekali-kali akan melalaikan peraturan-Mu,kerana dengan peraturan itu Engkau memelihara nyawaku.
94. Selamatkanlah aku kerana aku kepunyaan-Mu;aku telah berusaha untuk mentaati perintah-Mu.
95. Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membunuh aku,tetapi aku akan merenungkan hukum-Mu.
96. Aku sedar bahawa segala-galanya mempunyai batas;hanya perintah-Mu yang sempurna.
97. Aku sangat mencintai Taurat-Mu!Aku merenungkannya sepanjang hari.
98. Perintah-Mu selalu bersama-sama aku,dan menjadikan aku lebih bijak daripada semua musuhku.
99. Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,kerana aku merenungkan peraturan-Mu.
100. Aku lebih bijak daripada orang tua,kerana aku mentaati perintah-Mu.
101. Aku mengelakkan segala kelakuan jahat,kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.
102. Aku tidak melalaikan peraturan-Mu,kerana Engkaulah yang mengajar aku.