Mazmur 119:71-80 Alkitab Berita Baik (BM)

71. Memang baik Engkau menghukum aku,supaya aku memahami perintah-Mu.

72. Bagiku, Taurat-Mu lebih berhargadaripada segala kekayaan di dunia.

73. Engkau mencipta dan membentuk aku;berilah aku pengertian untuk memahami hukum-Mu.

74. Orang yang menghormati Engkau akan bergembira apabila melihat aku,kerana aku percaya kepada janji-Mu.

75. Aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil, ya TUHAN,dan Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.

76. Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku,menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu.

77. Kasihanilah aku, lalu aku akan hidup,kerana aku gemar akan Taurat-Mu.

78. Biarlah orang sombong dipermalukan kerana menuduh aku,tetapi aku akan merenungkan peraturan-Mu.

79. Semoga orang yang menghormati Engkau datang kepadaku,semua orang yang mengenal perintah-Mu.

80. Semoga aku mentaati segala perintah-Mu,supaya aku tidak dipermalukan.

Mazmur 119