40. Aku mahu mentaati perintah-Mu;berilah aku hidup baru kerana Engkau adil.
41. Ya TUHAN, tunjukkanlah kasih-Mu kepadaku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.
42. Barulah aku dapat menjawab orang yang mengejek aku,kerana aku mempercayai firman-Mu.
43. Tolonglah aku untuk sentiasa bercakap benar,kerana aku yakin akan ketetapan-Mu.
44. Aku akan sentiasa mentaati Taurat-Mu,untuk selama-lamanya.
45. Maka aku akan hidup dengan bebas,kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.
46. Aku akan mengumumkan perintah-Mu kepada raja-raja,dan aku tidak akan dipermalukan.
47. Aku gemar mentaati perintah-Mu,kerana aku mencintai perintah-Mu.
48. Aku menghormati dan mencintai perintah-Mu;aku akan merenungkan peraturan-Mu.
49. Ingatlah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu;janji yang telah memberikan harapan kepadaku.
50. Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur,kerana janji-Mu memberi aku hidup.
51. Orang sombong selalu menghina aku,tetapi aku tidak menyimpang daripada Taurat-Mu.
52. Aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulu,dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku, ya TUHAN.
53. Aku sangat marah kepada orang jahatapabila mereka melanggar Taurat-Mu.