Mazmur 119:30-45 Alkitab Berita Baik (BM)

30. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.

31. Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.

32. Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.

33. Ya TUHAN, ajarlah aku makna hukum-Mu,dan aku akan mentaatinya selalu.

34. Jelaskanlah Taurat-Mu kepadaku supaya aku mematuhinya,dan dengan sepenuh hati melakukannya.

35. Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu,kerana perintah-Mu menggembirakan aku.

36. Berilah aku keinginan untuk mentaati hukum-Mu,dan bukan untuk mendapat kekayaan.

37. Jangan biarkan aku menumpukan perhatian kepada perkara sia-sia;berilah aku hidup menurut kehendak-Mu.

38. Tepatilah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu,janji yang Engkau berikan kepada mereka yang mentaati-Mu.

39. Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;betapa baiknya ketetapan-Mu.

40. Aku mahu mentaati perintah-Mu;berilah aku hidup baru kerana Engkau adil.

41. Ya TUHAN, tunjukkanlah kasih-Mu kepadaku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

42. Barulah aku dapat menjawab orang yang mengejek aku,kerana aku mempercayai firman-Mu.

43. Tolonglah aku untuk sentiasa bercakap benar,kerana aku yakin akan ketetapan-Mu.

44. Aku akan sentiasa mentaati Taurat-Mu,untuk selama-lamanya.

45. Maka aku akan hidup dengan bebas,kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.

Mazmur 119