Mazmur 119:24-36 Alkitab Berita Baik (BM)

24. Peraturan-Mu menyenangkan hatiku;peraturan-Mu menasihati aku.

25. Aku terbaring di atas debu kerana kalah;pulihkanlah aku menurut janji-Mu.

26. Aku mengaku segala perbuatanku dan Engkau menjawab aku;ajarlah aku kehendak-Mu.

27. Tolonglah aku memahami hukum-Mu,dan aku akan merenungkan ajaran-Mu yang mengagumkan.

28. Jiwaku hancur kerana kesedihan;kuatkanlah aku menurut janji-Mu.

29. Jauhkanlah aku dari jalan yang salah,dan demi kebaikan-Mu, ajarlah aku Taurat-Mu.

30. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.

31. Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.

32. Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.

33. Ya TUHAN, ajarlah aku makna hukum-Mu,dan aku akan mentaatinya selalu.

34. Jelaskanlah Taurat-Mu kepadaku supaya aku mematuhinya,dan dengan sepenuh hati melakukannya.

35. Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu,kerana perintah-Mu menggembirakan aku.

36. Berilah aku keinginan untuk mentaati hukum-Mu,dan bukan untuk mendapat kekayaan.

Mazmur 119