Mazmur 119:19-32 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Aku tinggal di bumi ini hanya untuk seketika;janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.

20. Hatiku sangat rinduuntuk mengetahui ketetapan-Mu setiap waktu.

21. Engkau menegur orang yang sombong;terkutuklah orang yang melanggar perintah-Mu.

22. Jangan biarkan aku dicaci dan dihina mereka,kerana aku telah melakukan hukum-Mu.

23. Walaupun para pemerintah berkomplot melawan aku,tetapi aku akan tetap mengkaji ajaran-Mu.

24. Peraturan-Mu menyenangkan hatiku;peraturan-Mu menasihati aku.

25. Aku terbaring di atas debu kerana kalah;pulihkanlah aku menurut janji-Mu.

26. Aku mengaku segala perbuatanku dan Engkau menjawab aku;ajarlah aku kehendak-Mu.

27. Tolonglah aku memahami hukum-Mu,dan aku akan merenungkan ajaran-Mu yang mengagumkan.

28. Jiwaku hancur kerana kesedihan;kuatkanlah aku menurut janji-Mu.

29. Jauhkanlah aku dari jalan yang salah,dan demi kebaikan-Mu, ajarlah aku Taurat-Mu.

30. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.

31. Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.

32. Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.

Mazmur 119