17. Semoga Engkau murah hati kepadaku, hamba-Mu,supaya aku dapat hidup dan mentaati ajaran-Mu.
18. Bukalah mataku supaya aku dapat melihatajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.
19. Aku tinggal di bumi ini hanya untuk seketika;janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.
20. Hatiku sangat rinduuntuk mengetahui ketetapan-Mu setiap waktu.
21. Engkau menegur orang yang sombong;terkutuklah orang yang melanggar perintah-Mu.
22. Jangan biarkan aku dicaci dan dihina mereka,kerana aku telah melakukan hukum-Mu.
23. Walaupun para pemerintah berkomplot melawan aku,tetapi aku akan tetap mengkaji ajaran-Mu.
24. Peraturan-Mu menyenangkan hatiku;peraturan-Mu menasihati aku.
25. Aku terbaring di atas debu kerana kalah;pulihkanlah aku menurut janji-Mu.
26. Aku mengaku segala perbuatanku dan Engkau menjawab aku;ajarlah aku kehendak-Mu.
27. Tolonglah aku memahami hukum-Mu,dan aku akan merenungkan ajaran-Mu yang mengagumkan.
28. Jiwaku hancur kerana kesedihan;kuatkanlah aku menurut janji-Mu.
29. Jauhkanlah aku dari jalan yang salah,dan demi kebaikan-Mu, ajarlah aku Taurat-Mu.
30. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.
31. Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.
32. Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.