Mazmur 119:162-176 Alkitab Berita Baik (BM)

162. Janji-Mu membahagiakan aku,seperti orang yang menemukan harta.

163. Aku sangat membenci segala dusta,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.

164. Aku terus-menerus bersyukur kepada-Mubagi ketetapan-Mu yang adil.

165. Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan;mereka tidak akan ditimpa malapetaka.

166. Aku menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku, ya TUHAN,dan aku melakukan segala perintah-Mu.

167. Aku mentaati ajaran-Mu,dan mencintainya dengan segenap hati.

168. Aku mematuhi perintah dan peraturan-Mu,kerana Engkau melihat segala perbuatanku.

169. Semoga seruanku minta tolong sampai kepada-Mu, ya TUHAN!Berilah aku pengertian seperti yang telah Engkau janjikan.

170. Dengarkanlah doaku,dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

171. Aku akan memuji Engkau selalu,kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu.

172. Aku akan menyanyi tentang Taurat-Mu,kerana perintah-Mu adil.

173. Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku,kerana aku mahu mengikut perintah-Mu.

174. Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu,Taurat-Mu menggembirakan hatiku.

175. Semoga aku hidup supaya aku dapat memuji Engkau;semoga peraturan-Mu menolong aku.

176. Aku merayau seperti domba yang sesat;oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu,kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.

Mazmur 119