Mazmur 119:142-154 Alkitab Berita Baik (BM)

142. Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,dan Taurat-Mu tetap benar.

143. Kesusahan dan kekhuatiran menimpa aku,tetapi perintah-Mu menggembirakan hatiku.

144. Peraturan-Mu selalu adil;berilah aku pengertian supaya aku hidup.

145. Dengan sepenuh hati, aku berseru kepada-Mu;kabulkanlah doaku, ya TUHAN;aku akan taat kepada perintah-Mu.

146. Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku;aku mahu mematuhi hukum-Mu.

147. Sebelum fajar aku berseru kepada-Mu minta tolong,aku berharap kepada janji-Mu.

148. Sepanjang malam aku tidak tidur,kerana merenungkan peraturan-Mu.

149. Demi kasih-Mu yang kekal,ya TUHAN, dengarlah aku;kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku.

150. Penganiayaku yang kejam sudah dekat;mereka tidak pernah mematuhi Taurat-Mu.

151. Tetapi Engkau dekat kepadaku, ya TUHAN,dan segala perintah-Mu itu benar.

152. Sejak dahulu aku tahu akan peraturan-Mu,yang Engkau kekalkan selama-lamanya.

153. Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,kerana aku tidak mengabaikan Taurat-Mu.

154. Belalah perkaraku dan bebaskanlah aku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.

Mazmur 119