Mazmur 119:122-132 Alkitab Berita Baik (BM)

122. Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu;jangan biarkan orang sombong menindas aku!

123. Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku,dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.

124. Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu,dan ajarlah aku perintah-Mu.

125. Aku ini hamba-Mu, berilah aku pengertian,supaya aku memahami ajaran-Mu.

126. Inilah masanya Engkau bertindak, ya TUHAN,kerana orang melanggar Taurat-Mu.

127. Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas,lebih daripada emas murni.

128. Oleh itu aku mengikut segala peraturan-Mu;aku benci akan segala perbuatan yang salah.

129. Ajaran-Mu sungguh mengagumkan;aku mentaatinya dengan sepenuh hati.

130. Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya,memberikan pengertian kepada orang jahil.

131. Aku haus akan perintah-Mu,aku sangat menginginkannya.

132. Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah akuseperti Engkau sentiasa mengasihani orang yang mengasihi-Mu.

Mazmur 119