Mazmur 119:117-129 Alkitab Berita Baik (BM)

117. Bantulah aku, lalu aku akan selamat,dan aku akan sentiasa memperhatikan perintah-Mu.

118. Engkau menolak semua orang yang tidak mematuhi hukum-Mu;muslihat mereka sia-sia belaka.

119. Engkau menganggap semua orang jahat seperti sampah;oleh itu aku mencintai peraturan-Mu.

120. Aku gementar kerana takut kepada-Mu,dan aku gentar kerana ketetapan-Mu.

121. Aku telah melakukan perkara yang adil dan benar;jangan serahkan aku kepada musuh-musuhku!

122. Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu;jangan biarkan orang sombong menindas aku!

123. Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku,dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.

124. Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu,dan ajarlah aku perintah-Mu.

125. Aku ini hamba-Mu, berilah aku pengertian,supaya aku memahami ajaran-Mu.

126. Inilah masanya Engkau bertindak, ya TUHAN,kerana orang melanggar Taurat-Mu.

127. Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas,lebih daripada emas murni.

128. Oleh itu aku mengikut segala peraturan-Mu;aku benci akan segala perbuatan yang salah.

129. Ajaran-Mu sungguh mengagumkan;aku mentaatinya dengan sepenuh hati.

Mazmur 119