111. Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya;perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.
112. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati hukum-Musehingga akhir hidupku.
113. Aku membenci orang yang tidak setia kepada-Mu dengan sepenuh hati,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.
114. Engkaulah pembelaku dan pelindungku;aku berharap kepada janji-Mu.
115. Hai orang jahat, pergilah daripadaku.Aku akan mematuhi perintah Allahku.
116. Kuatkanlah aku menurut janji-Mu, agar aku hidup;jangan biarkan aku dikecewakan dalam harapanku!
117. Bantulah aku, lalu aku akan selamat,dan aku akan sentiasa memperhatikan perintah-Mu.
118. Engkau menolak semua orang yang tidak mematuhi hukum-Mu;muslihat mereka sia-sia belaka.
119. Engkau menganggap semua orang jahat seperti sampah;oleh itu aku mencintai peraturan-Mu.
120. Aku gementar kerana takut kepada-Mu,dan aku gentar kerana ketetapan-Mu.
121. Aku telah melakukan perkara yang adil dan benar;jangan serahkan aku kepada musuh-musuhku!
122. Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu;jangan biarkan orang sombong menindas aku!
123. Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku,dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.
124. Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu,dan ajarlah aku perintah-Mu.