101. Aku mengelakkan segala kelakuan jahat,kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.
102. Aku tidak melalaikan peraturan-Mu,kerana Engkaulah yang mengajar aku.
103. Betapa manisnya peraturan-Mu;lebih manis daripada madu!
104. Aku mendapat kebijaksanaan daripada hukum-Mu,oleh itu aku membenci segala kelakuan buruk.
105. Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,dan cahaya yang menerangi jalanku.
106. Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.
107. Penderitaanku sungguh berat, ya TUHAN;selamatkanlah nyawaku menurut janji-Mu.
108. Terimalah doa kesyukuranku, ya TUHAN,dan ajarlah aku perintah-Mu.
109. Aku selalu sedia mempertaruhkan nyawaku;aku tidak melupakan Taurat-Mu.
110. Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melanggar perintah-Mu.
111. Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya;perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.
112. Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati hukum-Musehingga akhir hidupku.
113. Aku membenci orang yang tidak setia kepada-Mu dengan sepenuh hati,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.
114. Engkaulah pembelaku dan pelindungku;aku berharap kepada janji-Mu.
115. Hai orang jahat, pergilah daripadaku.Aku akan mematuhi perintah Allahku.
116. Kuatkanlah aku menurut janji-Mu, agar aku hidup;jangan biarkan aku dikecewakan dalam harapanku!