33. Raja Daud meratapi Abner dengan lagu ratapan ini,
34. “Mengapakah Abner harus mati seperti orang dungu?Tangannya tidak diikat,kakinya tidak dirantai.Dia mati ditikamoleh orang yang jahat dan kejam.”Sekali lagi segenap rakyat meratapi Abner.
35. Sepanjang hari orang cuba memujuk Raja Daud supaya makan sedikit, tetapi baginda bersumpah, “Biarlah Allah membunuh beta, jika beta makan apa-apa sebelum matahari terbenam!”
36. Mendengar hal itu rakyat berasa senang hati. Apa sahaja yang dilakukan oleh raja, menyenangkan hati mereka.
37. Pada hari itu segenap rakyat Raja Daud dan segenap umat Israel faham bahawa raja tidak terlibat dalam pembunuhan Abner.
38. Raja bertitah kepada para pegawainya, “Ketahuilah oleh kamu semua bahawa pada hari ini kita telah kehilangan seorang pemimpin besar di Israel.