Selepas itu Yoab dan anak buahnya mengambil jenazah Asael dan mengebumikannya di perkuburan keluarganya di Betlehem. Kemudian mereka berjalan sepanjang malam, dan esoknya pada waktu fajar, mereka tiba di Hebron.