1. Holofernes menyuruh hamba-hambanya membawa Yudit ke meja makan yang diperlengkapi dengan alat-alat perak dan menghidangkan makanan dan wain yang khusus untuk Holofernes, kepadanya.
2. Tetapi Yudit menolak, katanya, “Saya hanya boleh makan makanan yang saya bawa. Kalau saya makan makanan itu, saya akan celaka.”
3. “Tapi bagaimana kalau persediaanmu habis?” tanya Holofernes. “Ke mana kami mencari makanan bagimu? Di perkhemahan ini tak ada orang Israel.”
4. Jawab Yudit, “Saya bersumpah demi nyawa tuan, bahawa persediaan makanan saya ini tak akan habis sebelum Allah menggunakan saya untuk melaksanakan rancangan-Nya.”
5. Lalu pembantu-pembantu Holofernes menghantarkan Yudit ke sebuah khemah. Dia tidur di situ, dan ketika hari masih malam dia bangun.
6. Dia mengirim pesan kepada Holofernes supaya diizinkan pergi ke lembah untuk berdoa.
7. Holofernes memerintahkan pengawal peribadinya untuk membolehkan Yudit pergi. Tiga hari lamanya Yudit tinggal di perkhemahan itu dan setiap malam dia pergi ke lembah dekat tempat penjagaan Betulia untuk mandi di mata air.
8. Sesudah mandi dia berdoa kepada Tuhan Allah supaya dibimbing dalam rancangannya demi kejayaan umat-Nya.
9. Sesudah melakukan upacara pembersihan, Yudit kembali ke perkhemahan dan tinggal di khemahnya sehingga sesudah makan malam.
10. Pada hari yang keempat Holofernes mengadakan jamuan untuk para hambanya sahaja. Perwira-perwira yang sedang bertugas tidak diundangnya.