Ketika hari sudah jauh malam, para hamba segera meninggalkan tempat itu. Lalu Bagoas menutup khemah dari luar supaya hamba-hamba Holofernes tidak dapat masuk. Mereka sekalian pergi ke tempat tidur, oleh sebab semuanya sudah lelah kerana jamuan minum itu berlangsung lama.