Yesaya 65:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN berfirman, “Aku bersedia mengabulkan doa umat-Ku, tetapi mereka tidak berdoa kepada-Ku. Aku bersedia ditemui oleh mereka, tetapi mereka tidak cuba mencari Aku. Bangsa ini tidak berdoa kepada-Ku, walaupun Aku sentiasa bersedia menjawab, ‘Inilah Aku. Aku mahu menolong kamu.’

2. Aku sentiasa bersedia menyambut umat-Ku, tetapi mereka selalu berdegil dan melakukan perkara-perkara yang salah serta mengikut kehendak mereka sendiri.

3. Mereka terus-menerus membuat Aku murka. Mereka mempersembahkan korban di taman-taman keramat dan membakar kemenyan di mazbah-mazbah dewa.

4. Pada waktu malam mereka pergi ke gua dan kubur untuk minta nasihat arwah. Mereka makan daging babi dan minum kuah daging yang telah dipersembahkan kepada berhala.

5. Kemudian mereka berkata, ‘Jauhilah kami. Jangan sentuh kami kerana kami terlalu suci bagi kamu!’ Aku membenci orang yang berkelakuan demikian. Kemurkaan-Ku terhadap mereka seperti api yang tidak pernah padam.

21-22. Orang yang membina rumah akan mendiaminya; rumah-rumah itu tidak akan didiami orang lain. Mereka yang menanam pokok anggur akan menikmati hasilnya; hasil itu tidak akan dinikmati orang lain. Umat-Ku akan panjang umur seperti pokok. Mereka akan puas menikmati hasil usaha mereka.

Yesaya 65