TUHAN berfirman, “Aku bersedia mengabulkan doa umat-Ku, tetapi mereka tidak berdoa kepada-Ku. Aku bersedia ditemui oleh mereka, tetapi mereka tidak cuba mencari Aku. Bangsa ini tidak berdoa kepada-Ku, walaupun Aku sentiasa bersedia menjawab, ‘Inilah Aku. Aku mahu menolong kamu.’