2. Gunung akan bergegar seperti air yang mendidih di atas api. Marilah tunjukkan kuasa-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan buatlah bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu.
3. Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan.
4. Belum pernah sesiapa melihat ataupun mendengar tentang Allah seperti Engkau, yang melakukan perkara-perkara seperti itu bagi orang yang berharap kepada-Nya.
5. Engkau menyambut orang jujur, yang hidup menurut kehendak-Mu. Engkau murka terhadap kami, tetapi kami tetap berdosa. Sekalipun Engkau sangat murka, kami terus-menerus berbuat salah sejak dahulu.
6. Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.