39. Nikanor ingin menunjukkan kebenciannya terhadap orang Yahudi. Oleh sebab itu dia menyuruh lebih daripada 500 orang askar untuk menangkap Razis,
40. Kerana dia menyangka bahawa dengan tindakan itu dapat merugikan orang Yahudi.
41. Para askar bersiap sedia untuk merebut menara tempat Razis ketika itu. Mereka memecah pintu gerbang halaman dan memerintahkan supaya pintu-pintu menara dibakar. Ketika Razis melihat bahawa tidak ada kemungkinan untuk melarikan diri, dia menikam dirinya dengan pedang.
42. Dia lebih suka mati dengan hormat daripada jatuh ke tangan musuh dan mengalami penghinaan.
43. Tetapi kerana tergesa-gesa, tikaman itu tidak membunuh dia.Ketika askar-askar masuk melalui pintu-pintu, Razis dengan beraninya naik ke atas tembok dan seperti seorang pahlawan dia melompat ke tengah orang banyak di bawah.
44. Mereka segera menyingkir dan dia pun jatuh di tengah-tengah tempat yang kosong.
45. Tetapi dia masih hidup, dan dengan semangat yang berkobar-kobar dia bangkit, dan walaupun darah bercucuran dari luka-lukanya yang parah itu, dia lari menerobos orang ramai dan berdiri di sebuah bukit batu yang curam.
46. Apabila sudah kehabisan darah, dia mengeluarkan isi perutnya dengan kedua-dua belah tangannya, lalu dilemparkannya kepada orang ramai itu. Sambil berbuat begitu, dia berdoa agar Tuhan yang menguasai semua yang hidup dan bernafas, memberikannya kembali kepadanya kelak. Begitulah Razis meninggal dunia.