Para askar bersiap sedia untuk merebut menara tempat Razis ketika itu. Mereka memecah pintu gerbang halaman dan memerintahkan supaya pintu-pintu menara dibakar. Ketika Razis melihat bahawa tidak ada kemungkinan untuk melarikan diri, dia menikam dirinya dengan pedang.