9. Tetapi kemudian Aku akan mengubah hati bangsa-bangsa itu, sehingga mereka berdoa kepada-Ku sahaja dan bukan kepada tuhan-tuhan lain. Semua bangsa itu akan mentaati Aku.
10. Bahkan dari Etiopia yang jauh, umat-Ku yang tercerai-cerai itu akan datang dan mempersembahkan korban kepada-Ku.
11. Pada masa itu, hai umat-Ku, kamu tidak perlu berasa malu lagi kerana telah memberontak terhadap Aku. Aku akan menyingkir setiap orang yang sombong dan angkuh; kamu tidak akan memberontak lagi terhadap Aku di bukit-Ku yang suci.
12. Orang yang hina dan yang rendah hati akan Kubiarkan tinggal di sana. Mereka akan datang meminta tolong kepada-Ku.
13. Orang Israel yang terselamat tidak akan berbuat jahat kepada sesiapa pun; mereka tidak akan berdusta dan tidak menipu. Mereka akan makmur dan aman; mereka tidak akan takut kepada sesiapa pun.”
14. Hai umat Israel,hendaklah kamu bersorak dan bernyanyi!Hai penduduk Yerusalem,hendaklah kamu bergembira dengan segenap hati!
15. TUHAN sudah berhenti menghukum kamu;Dia telah mengusir semua musuh kamu.TUHAN, raja Israel, menyertai kamu;tiada lagi yang menakutkan kamu.
16. Akan tiba masanya orang berkata kepada Yerusalem,“Hai Bukit Sion, jangan takut dan jangan putus asa.
17. TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;kamu menang kerana kuasa-Nya.TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;Dia memberi kamu hidup barukerana Dia mengasihi kamu.Kamu menyukakan hati-Nya,maka Dia akan menyanyi dengan gembira,
18. seperti orang yang sedang berpesta.”TUHAN berfirman,“Aku tidak lagi membiarkan kamu ditimpa bencana;Aku tidak lagi membiarkan kamu dihina.
19. Masanya akan tiba;Aku akan menghukum penindas kamu.Aku menyelamatkan orang tempang,dan membawa pulang orang yang dibuang.Aku akan menyebabkan orang menghormati mereka,sehingga di seluruh dunia,mereka tidak lagi dihina.
20. Masanya akan tiba;Aku akan membawa pulang orang yang tercerai-cerai;Aku akan menjadikan kamu termashyur di seluruh bumi,dan menjadikan kamu makmur sekali lagi.”TUHAN telah berfirman.