Zakharia 7:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Inilah perkhabaran TUHAN yang datang kepadaku.

5. Dia berfirman, “Beritahulah seluruh penduduk negeri ini dan para imam bahawa puasa dan ratapan yang dilakukan mereka pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, bukanlah penghormatan bagi-Ku.

6. Apabila mereka makan dan minum, perbuatan itu pun untuk keseronokan mereka sendiri.”

7. Itulah yang difirmankan TUHAN melalui nabi-nabi pada zaman lampau, ketika Yerusalem masih didiami dan penduduknya makmur. Pada masa itu orang bukan hanya tinggal di pekan-pekan di sekitar kota, tetapi juga di bahagian selatan dan di kaki bukit di sebelah barat.

Zakharia 7