Zakharia 7:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada hari keempat bulan Kislew, bulan kesembilan, dalam tahun keempat pemerintahan Raja Darius, TUHAN memberikan perkhabaran kepadaku.

2. Penduduk Betel telah mengutus Sarezer dan Regem-Melekh serta anak buah mereka ke Rumah TUHAN Yang Maha Kuasa untuk memohon berkat TUHAN.

3. Mereka juga disuruh bertanya kepada para imam dan nabi, “Adakah kami masih perlu meratapi kemusnahan Rumah TUHAN dengan berpuasa pada setiap bulan kelima, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun-tahun?”

4. Inilah perkhabaran TUHAN yang datang kepadaku.

5. Dia berfirman, “Beritahulah seluruh penduduk negeri ini dan para imam bahawa puasa dan ratapan yang dilakukan mereka pada bulan kelima dan ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, bukanlah penghormatan bagi-Ku.

Zakharia 7