1. Malaikat yang telah bertutur kepadaku itu datang lagi dan mengejutkan aku seolah-olah aku sedang tidur.
2. Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?”Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu.
3. Di sebelah kiri kaki pelita itu ada sebatang pokok zaitun, dan di sebelah kanan pun ada sebatang pokok zaitun.”
4. Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah yang dilambangkan oleh benda-benda itu, tuan?”
5. “Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku.“Tidak tuan,” jawabku.
10b. Malaikat itu berkata kepadaku, “Tujuh buah pelita itu melambangkan mata TUHAN yang mengawasi seluruh muka bumi.”
6. Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, “Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.
10a. Mereka kecewa kerana kemajuan pembinaan itu terlalu lambat. Tetapi mereka akan nampak Zerubabel meneruskan pembinaan Rumah-Ku, dan mereka akan bersukacita.”