16. Kemudian semua orang dari bangsa-bangsa yang masih hidup, yang menyerang Yerusalem, akan datang ke Yerusalem setiap tahun untuk menyembah Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa, dan untuk merayakan Perayaan Pondok Daun.
17. Jika ada bangsa yang tidak mahu datang untuk menyembah Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa, hujan tidak akan turun di negeri mereka.
18. Jika bangsa Mesir tidak mahu merayakan Perayaan Pondok Daun, mereka pun akan ditimpa penyakit yang didatangkan TUHAN kepada setiap bangsa yang tidak mahu pergi beribadat.