7. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Bangkitlah, hai pedang, dan seranglah gembala yang bekerja untuk-Ku! Bunuhlah dia supaya kawanan dombanya tercerai-cerai. Aku akan menyerang umat-Ku,
8. dan di seluruh negeri ini dua pertiga daripada penduduknya akan mati.
9. Hanya sepertiga daripada penduduknya akan selamat. Mereka akan Kusucikan seperti perak dimurnikan oleh api. Mereka akan Kuuji seperti orang menguji emas. Barulah mereka akan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mengabulkan doa mereka. Aku akan memberitahu mereka bahawa mereka umat-Ku, dan mereka pun akan mengaku bahawa Aku TUHAN, Allah mereka.”