Zakharia 10:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Penduduk Israel akan menjadi kuat seperti pahlawan,dan gembira seperti orang yang telah minum wain.Keturunan mereka akan ingat kemenangan ini,dan bersukacita kerana perbuatan TUHAN.

8. Aku akan memanggil umat-Ku,Aku akan mengumpulkan mereka.Aku akan menyelamatkan mereka,dan membuat mereka banyak seperti dahulu.

9. Walaupun Aku telah mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa,namun di tempat jauh mereka akan ingat kepada-Ku.Mereka dan anak-anak mereka akan selamatdan pulang bersama-sama.

10. Dari Mesir dan Asyur, Aku akan membawa mereka pulang,dan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri.Aku akan menempatkan mereka di Gilead dan di Lebanon;seluruh negeri itu akan penuh dengan penduduk.

Zakharia 10