8. aku nampak malaikat TUHAN menunggang seekor kuda merah. Dia berhenti di sebuah lembah di antara pokok kemunting. Di belakangnya ada lagi beberapa ekor kuda - ada yang merah, ada yang bertelau-telau, dan ada yang putih.
9. Aku bertanya kepadanya, “Tuan, apakah maknanya semua kuda ini?”Dia menjawab, “Aku akan menunjukkan maknanya kepadamu.
10. TUHAN mengirim semua kuda ini untuk menyiasat bumi.”
11. Semua kuda itu memberikan laporan kepada malaikat, “Kami telah menjelajahi seluruh muka bumi dan mendapati bahawa seluruh bumi tenang dan tenteram.”
12. Kemudian malaikat itu berkata, “Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkau murka kepada Yerusalem dan kota-kota di Yehuda selama tujuh puluh tahun. Sampai bilakah Engkau akan tetap murka dan tidak mengampuni mereka?”
13. TUHAN menjawab malaikat itu dengan firman yang menghiburkan hati,
14. lalu malaikat itu menyuruh aku mengisytiharkan firman TUHAN Yang Maha Kuasa, “Aku sangat mengasihi kota Yerusalem dan mengambil berat terhadap kota-Ku yang suci itu.
15. Tetapi Aku sangat murka kepada bangsa-bangsa yang berasa aman dan tenteram. Ketika Aku menahan kemurkaan-Ku terhadap umat-Ku, bangsa-bangsa itu menambah penderitaan umat-Ku.
16. Oleh itu Aku kembali ke Yerusalem untuk mengasihani kota itu. Rumah-Ku akan dibina semula dan kota itu akan diperbaiki.”
17. Malaikat itu menyuruh aku mengisytiharkan perkhabaran ini juga, “TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman bahawa kota-kota-Nya akan makmur semula dan bahawa sekali lagi Dia akan menolong Yerusalem dan mengakuinya sebagai milik-Nya sendiri.”