1. Pada bulan kelapan dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius di Persia, TUHAN menyampaikan perkhabaran ini kepada Nabi Zakharia anak Berekhya dan cucu Ido.
2. TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perintah kepada Zakharia untuk menyampaikan perkhabaran ini kepada umat-Nya, “Aku, TUHAN sangat murka kepada nenek moyang kamu.
3. Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.
4. Jangan berlaku seperti nenek moyang kamu. Dahulu kala, para nabi menyampaikan perkhabaran-Ku kepada mereka agar berhenti berbuat jahat dan berhenti berbuat dosa. Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan Aku dan tidak mahu mentaati Aku.