Yunus 1:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Oleh itu mereka berseru kepada TUHAN, “Ya TUHAN, kami mohon, janganlah binasakan kami kerana mengambil nyawa orang yang tidak melakukan kesalahan apa-apa pun terhadap kami. Ya TUHAN, Engkaulah yang bertanggungjawab atas semua hal ini; inilah perbuatan-Mu.”

15. Kemudian mereka melemparkan Yunus ke dalam laut, lalu angin ribut berhenti mengamuk dengan serta-merta.

16. Para anak kapal itu menjadi sangat takut akan TUHAN. Mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN dan bernazar kepada-Nya.

17. Sementara itu, TUHAN menyuruh seekor ikan besar untuk menelan Yunus. Oleh itu Yunus tinggal di dalam perut ikan selama tiga hari dan tiga malam.

Yunus 1