Yudas 1:13-21 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Mereka seperti ombak ganas di laut, yang membuihkan perbuatan memalukan. Mereka seperti bintang mengembara, yang tempatnya telah disediakan oleh Allah dalam kegelapan yang paling dahsyat untuk selama-lamanya.

14. Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, “Lihatlah! Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat-Nya yang suci.

15. Dia akan mengadili semua orang. Dia akan menghukum orang derhaka kerana perbuatan derhaka mereka dan kerana semua kata hinaan yang diucapkan mereka terhadap-Nya!”

16. Semua orang itu sentiasa bersungut-sungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menuruti nafsu jahat. Mereka memuji-muji diri sendiri dan mengangkat-angkat orang lain untuk mendapat keuntungan.

17. Tetapi saudara-saudaraku, ingatlah akan apa yang dikatakan dahulu oleh rasul-rasul Tuhan kita Yesus Kristus.

18. Mereka berkata kepada kamu, “Apabila akhir zaman tiba, orang akan tampil dan memperolok-olokkan kamu. Mereka orang yang mengikuti keinginan berdosa.”

19. Merekalah orang yang memecah-belah jemaah. Mereka tidak dipimpin oleh Roh Allah, tetapi dikuasai oleh keinginan sendiri.

20. Tetapi kamu, saudara-saudaraku, teruslah bina hidup yang berdasarkan kepercayaan kepada Kristus. Iman kamu sangat suci. Berdoalah dengan pimpinan Roh Allah.

21. Hendaklah kamu hidup di bawah naungan kasih Allah sementara menantikan rahmat Tuhan kita Yesus Kristus, yang akan menganugerahi kamu hidup sejati dan kekal.

Yudas 1